Calon Exco Puteri UMNO, Nooryana Najwa pada Majlis Pengenalan Calon Perhunungan UMNO Wilayah Persekutuan sempena Pemilihan UMNO 2023-2026 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Anak perempuan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak terpilih sebagai Exco Pergerakan Puteri UMNO yang baharu dalam pemilihan parti hari ini.

Sehingga pukul 10.20 malam, Noryana Najwa mendahului 42 calon lain dengan mendapat sebanyak 84 undi.

Beliau sebelum ini menang tanpa bertanding jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai.- MalaysiaGazette