Asyraf Wajdi Dusuki. Foto HAZROL ZAINAL, 12 OKTOBER 2022.

KOTA TINGGI – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu berkuat kuasa Jumaat lepas.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, surat watikah pelantikan jawatan itu diserahkan kepada Asyraf Wajdi di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya.

“Asyraf Wajdi telah dilantik, ia bukan desas-desus lagi, saya telah watikahkannya (surat pelantikan) pada Jumaat yang lepas.

“(Gambar tular) Sebab itu bukan berita politik maka ia adalah sahih dan pelantikannya dibuat di KKDW kerana MARA adalah agensi di bawah KKDW,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) di Ibu Pejabat KEJORA, Bandar Penawar di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Asyraf Wajdi, 47, yang juga Sekretariat Kerajaan Perpaduan sebelum ini pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuat kuasa 29 Julai 2015 hingga 10 Mei 2018.

Sebelum ini, jawatan Pengerusi MARA disandang Datuk Seri Azizah Muhd Dun sejak 1 Mei 2020 dan beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Beaufort.

Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar yang mendakwa Asyraf Wajdi dilantik sebagai Pengerusi MARA baharu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Lantikkan politik lagi. Bukan kah haritu PM sudah tegur tiada lantikan politil, tetapi lantik atas dasar merit. Patutlah pemuda UMNO sudah tidak kisah mengenai KWSP. Perut sudah kenyang dapat habuan.

Comments are closed.