KUALA LUMPUR – Muhammad Faris Arriffin dilantik sebagai Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Menurut kenyataan Nafas, pelantikan tersebut berkuatkuasa 8 Mac lalu.

“Pelantikan beliau adalah seiring dengan membawa harapan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memacu Nafas sebagai institusi yang menerajui pergerakan Pertubuhan Peladang,” kata.

Tambahnya, pelantikan tersebut akan memberi peluang kepada Muhammad Faris mengetuai Nafas dengan penuh komitmen.

“Membawa kombinasi dinamik kepakaran selama 15 tahun dalam kejuruteraan dan teknologi, pengurusan korporat, serta pengalaman dalam bidang pembangunan perniagaan dan strategi pelaburan.

“Muhammad Faris bersama barisan Ahli Jemaah Pengarah serta kumpulan Pengurusan Nafas akan menjadi pemangkin usaha pemodenan rantaian bekalan industri agromakanan dan menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang pertanian melalui aplikasi teknologi dan digital, ujarnya.

Sebelum ini, Muhammad Faris berkhidmat di Petronas, Halliburton, dan Schlumberger.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kejuruteraan Petroleum dari The University of Adelaide, Australia dan kini sedang menjalani pengajian secara jarak jauh dalam Ijazah Sarjana Kewangan di Harvard University, Amerika Syarikat.-MalaysiaGazette