Persembahan ghazal tradisional daripada kumpulan ghazal jemputan iaitu Alun Tradisi sepanjang Ramadan ini di The Pearl Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Meneruskan tradisi tahunan, The Pearl Kuala Lumpur (The Pearl) menjemput orang ramai berbuka puasa sepanjang Ramadan di Aras 5 hotel itu bermula 24 Mac hingga 20 April ini.

Bertemakan Sajian Warisan Nusantara, hotel bertaraf empat bintang itu menawarkan kepelbagaian menu istimewa menerusi lebih 100 juadah dan hidangan menarik.

Pemangku Pengurus Besar, Gina Kuek berkata, sebagai kelainan berbanding hotel lain, The Pearl membawa kumpulan ghazal, Alun Tradisi sebagai hiburan dan pelengkap kepada hidangan yang berkonsepkan kemelayuan.

“Kami mahu meraikan bulan Ramadan dengan membawa adunan klasik dan sajian tempatan yang istimewa di dalam suasana selesa dan moden buat tetamu yang hadir bersama keluarga dan rakan mereka.

“Persembahan ghazal tradisional daripada kumpulan ghazal jemputan iaitu Alun Tradisi pastinya memberi pengalaman yang tidak harus tetamu lepaskan untuk berkelana dengan alunan muzik puitis,” katanya dalam satu kenyataan.

 

The Pearl Kuala Lumpur memperkenalkan tema Sajian Warisan Nusantara sepanjang Ramadan ini.

Gina menambah, Bufet Ramadan tahun ini menjanjikan sajian pelbagai aneka hidangan tempatan yang pastinya memukau selera pengunjung.

Jelas beliau, pada masa sama, pasukan cef professional The Pearl akan turut menyediakan juadah tetentu menarik secara langsung dalam usaha membangkitkan suasana sebelum berbuka puasa.

“Sudah pastinya kemuncak bufet kami ialah kambing panggang yang lembut dan diperap dengan baik.

“Selain menu, hidangan bufet turut menampilkan juadah asli seperti Nasi Briyani Kambing, Nasi Briyani Ayam, Kambing Golek, Ayam Golek, Gerai Shell Out, Gerai BBQ, Gulai Kawah Daging, Gulai Daging Bunga Kantan, Lemang Buluh, Satay, Murtabak.

“Tidak lupa pencuci mulut yang menarik seperti Aneka Pemanis Mulut, Sago Gula Melaka, Aneka kuih-muih dan banyak lagi,” katanya.

The Pearl Kuala Lumpur menyediakan promosi bufet Ramadan  pada harga bermula RM98 bagi dewasa, warga emas dan Orang Kurang Upaya RM78 dan RM58 harga kanak-kanak bagi mereka yang membuat tempahan antara 24 hingga 31 Mac ini.

Lebih menarik, cabutan bertuah turut diadakan kepada pengunjung di mana hadiah utama adalah wang tunai sebanyak RM5,000, RM2,500 untuk pemenang kedua dan RM1,000 untuk pemenang ketiga. – MalaysiaGazette

Menu Nasi Beriani Kambing.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast