Fahmi mengadakan lawatan Pusat Ekonomi Digital Sungai Tiram hari ini.

JOHOR BAHRU –  Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengkaji untuk meninggikan paras tapak menara telekomunikasi khususnya di kawasan kerap dilanda banjir.

Ia bagi memastikan perkhidmatan internet tidak terjejas sekiranya bencana itu berlaku, kata menterinya, Fahmi Fadzil.

Menurutnya, langkah itu diyakini memberi impak positif berikutan ianya telah dilakukan perkara sama melibatkan 40 menara telekomunikasi sebelum ini.

Ia melibatkan menara telekomunikasi di Kelantan dan Terengganu.

“Tidak ada angka tepat setakat hari ini namun semalam lebih daripada separuh telah berjaya kita hidupkan semula, cabaran mungkin bagi daerah seperti Batu Pahat yang mana pada waktu ini masih terkesan akibat banjir.

“Bagi pihak SKMM memaklumkan terdapat lebih kurang 40 lokasi yg dipanggil site hardening atau pun telah dinaikkan kedudukannya ditinggikan sedikit lagi menara tersebut, base station termasuklah pencawang.

“Di situ kebanyakan daripada menara dan base station kita membuat site hardening tetapi di Johor kita telah mengarahkan SKMM untuk meneliti trend dan pastikan sebanyak Mungkin menara menara dapat kita naikkan ketinggiannya supaya sekiranya berlaku pun tapi akses komunikasi dapat diteruskan bagi kawasan-kawasan yang terjejas,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan lawatan Pusat Ekonomi Digital Sungai Tiram hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.

Terdahulu, Fahmi memaklumkan lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi yang terkesan akibat banjir di Johor telah kembali berfungsi dengan baik.

Beliau  sebelum ini telah melakukan lawatan kerja selama tiga hati yang yang bermula pada 9 Mac lalu.

“Sebelum ini setelah tiga hari  saya berada di sini dan mendengar warga KKD Johor serta interaksi saya bersama warga di sini.

“Saya amat teruja dengan penerimaan dan dalam masa yang sama isu-isu yang dibangkitkan sama ada oleh warga, KKD dan agensi atau dalam perbincangan saya bersama wakil rakyat serta Menteri Besar Johor kita telah lihat banyak yang boleh diusahakan,” katanya.- MalaysiaGazette