KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mendakwa Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin memfitnahnya dalam isu Program Jom Ziarah Gereja anjuran Impact Malaysia.
Menurut beliau, Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che’gu Bard berbuat demikian melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp.
Hannah berkata, hantaran yang dibuat Badrul Hisham seolah-olah memberi gambaran agensi di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menjadi penyebar agama Kristian selepas beliau menjadi menterinya.
“Setiausaha politik saya telah membuat satu laporan polis terhadap Che’Gu Bard yang telah memfitnah saya dan viralkan fitnah tersebut,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.
Pemimpin DAP itu menjelaskan, Impact Malaysia juga telah memberi maklum balas terhadap tuduhan yang didakwa berunsur fitnah berkenaan.
Laporan polis oleh Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Yap Yee Vonne dibuat di Balai Polis Sentul di sini pada pukul enam petang semalam.
Badrul Hisham membuat tuduhan tersebut dalam hantaran Facebook miliknya semalam.
Sebelum ini, tular poster Impact Malaysia yang mengajak belia bukan Kristian untuk menyertai program ‘Jom Ziarah’ ke sebuah gereja di Klang, Selangor pada Sabtu ini.
Dalam poster itu diterangkan Projek Artikel 11 mendedahkan belia kepada agama yang berbeza dengan aktiviti lawatan dan sukarelawan untuk menjadikan Malaysia lebih inklusif.
Program tersebut mencetuskan bantahan daripada umat Islam yang bimbang tentang kesannya terhadap akidah belia Islam.
Sementara itu, Badrul Hisham dalam ruangan komen di bawah hantaran Hannah menyatakan, pihaknya telah bersedia untuk bertindak berdasarkan undang-undang.
“Kamu ada 48 jam umumkan program bawa anak muda bukan Kristian ke gereja itu batal atau terima tindak balas,” katanya. – MalaysiaGazette
Harap kes Jom Ziarah Gereja ini dpt disiasat dan ditangani dgn baik terutama dgn Badrul Hisam@Chegu Bard ini agar x ada perselisihan faham antara agama2 d Malaysia. Sekiranya fitnah tlng pandang serius masalah ini demi menjaga keharmonian d Malaysia yg berbilang kaum dan berbagai fahaman Agama.
Pergi gereja pun salah kaaa? Padahal org bukan Islam pun boleh pergi masjid untuk aktiviti komuniti…bukan utk sembahyang pun. Malah Ratu Elizabeth 2 pun melawat masjid…kenapa ekstrim sangat? Nampak sangat Mamat Bersatu ni kaki fitnah dan sengaja nak hasut rakyat…musibat ni patut ditangkap jaaa
Pancasila bisa tanpa Islam agama rasmi dong.