MGNews : Datuk Roy Direman Tiga Hari

Lelaki yang dikenali sebagai Datuk Roy direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Perintah dikeluarkan oleh Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim, selepas mendengar permohonan daripada pihak SPRM dan pembelaan Datuk Roy.