KOTA BHARU- Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon-Calon di sini, hari ini.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah, beliau amat menghargai komitmen yang ditunjukkan bekas Ahli Parlimen Machang itu.
Akhir tahun lalu media melaporkan pelantikan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra ditangguhkan.
Ia bagi membolehkan penyelarasan lantikan di semua badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi lain, dilaksanakan.
Penyelarasan lantikan terbabit ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-MalaysiaGazette