Saluran television (TV) perlu bergerak saing mengikuti perkembangan teknologi komunikasi terkini, dan tidak harus berada dalam kepompong sama.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, saluran television perlu menggunakan semua kemudahan dalam teknologi baharu dan bukan sahaja dalam aspek isi kandungan.