Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrulhisham Shaharin atau dikenali sebagai ‘Chegubard’ bercakap pada sidang media mengenai isu fitnah di Restoran Sixty9, Melawati, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAREY SALIM, 05 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat hantaran Facebook oleh Che’gubard original yang mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan gerakan Kristian Evangelist.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, pihaknya telah menerima laporan polis mengenai hantaran berkenaan.

Ssiasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima laporan polis dan menjalankan siasatan berhubung hantaran Facebook Che’gubard original yang mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan dengan gerakan Kristian Evangelist serta menuduh kementerian tersebut menyalurkan dana kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untu menyeru belia bukan Kristien ke gereja,” katanya menerusi kenyataan.

Semakan polis mendapati, hantaran yang dibuat oleh Che’gubard original sehingga kini menerima 544 komen, 377 perkongsian semula dan 448 respons sejak dimuat naik sekitar tiga hari lalu.

Menurut beliau, polis tidak akan berkompromi dengan individu yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan kegusaran awam melalui isu-isu yang menyentuh agama dan kaum.

Eng Lai turut menasihat orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau mengulas isu tersebut secara provokasi yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian kaum di Malaysia,” jelas Beh.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Pengerusi (Penaja) Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che’bard mempersoalkan sama ada Kristian Evangelist sudah mula melakukan gerak kerja apabila bakal mengadakan program itu.

Katanya, sebuah NGO dengan dana daripada KBS sedang mencari belia bukan Kristian untuk dibawa ke gereja.

Beliau turut membidas sikap membisu menteri dan wakil rakyat beragama Islam yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) berhubung program mengajak belia bukan Kristian ke gereja yang didakwa dianjurkan agensi di bawah KBS.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dah tak ada modal laa…duk hasut org Islam dan permainkan isu agama dan kaum utk dapat sokongan politik…harap polis tangkap lah manusia penghasut ni

Comments are closed.