Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali

RANTAU PANJANG – Presiden Putra, Datuk Dr. Ibrahim Ali mengajak umat Islam untuk sama-sama memerangi dan mencegah Islamofobia daripada terus merebak sehingga tidak terkawal.

Kata beliau, isu Islamfobia kini mendapat perhatian serius pihak berkenaan sehingga menganjurkan program untuk mencegah wabak itu daripada mereka dalam minda umat Islam.

Jelasnya, Islamfobia merupakan kegiatan extremis Islam yang dikatakan tidak baik dan perlu dicegah.

“Sebagai rakyat, sudah tentu semua pihak perlu bersikap proaktif untuk sama-sama mencegah dan tidak terlibat dengan Islamfobia ini.

“Apa saja keburukan mesti dicegah. Mencegah lebih baik daripada mengubati dan bertindak sebelum keadaan bertambah buruk, jika ianya benar terhadap wabak Islamfobia.

“Namun, perlu juga dipersoalkan dari mana timbulnya perkataan Islamfobia ini. Apa makna Islamfobia? Ungkapan yang diberi terhadap kebangkitan golongan extremis Islam. Siapa mencipta gelaran Islamfobia ini?” soalnya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Putra Bahagian Rantau Panjang di Dewan Adijagat Lubok Jong dekat sini petang semalam.

Kata Ibrahim, tidak mungkin ianya datang dari golongan anti Islam dan gembar gemburnya sudah di luar kotak sehingga menakutkan banyak pihak terhadap Islamfobia.

“Kita bersikap positif dan memberi perhatian serius terhadap Islamfobia ini. Namun, apakah bagi yang berjuang untuk menegakkan Islam dan hukum Allah dikatakan Islamfobia?

“Apapun kita tidak wajar terperangkap dengn perang psikologi yang tetap buruk sangka dan mahu menegakkan cita-cita serta matlamat chauinis mereka.

“Selain Islamfobia yang dikatakan extremis Islam, bagaimana pula dengan extremis perkauman iaitu bersifat chauvinis perkauman yang menuntut pelbagai perkara bertentangan dengan Perlembagaan Negara, tapi disuarakan atas nama hak asasi manusia dan demokrasi?,” katanya.

Katanya, golongan chauvinis ini amat merbahaya dan melihat mereka saja membawa hala tuju betul, sedangkan bagi yang menentangnya dikatakan extremis, walhal mereka sebenarnya extremis.

Katanya, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran ada golongan mabuk kuasa yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Amat wajar Anwar memberi gambaran jelas siapakah golongan itu sehingga terpaksa menggerakkan pihak keselamatan untuk siap sedia menangani ancaman berkenaan.

“Mungkin dia nampak angin, tapi dikatakan ribut. Kita desak Anwar dedahkan dengan jelas siapa mereka yang dimaksud mengancam keselamatan negara kerana kemarut atau gila kuasa,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast