KUALA LUMPUR – Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendahului perebutan jawatan Naib Presiden UMNO.
Setakat jam 3.30 petang tadi, Wan Rosdy mendahului dengan empat undi bahagian.
Sementara itu, kedudukan kedua ada penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan tiga undi dan calon wanita, Datuk Seri Azalina Othman Said dengan dua undi.
Tiga lagi calon mendapat satu undi iaitu Datuk Seri Hasni Mohammad, Datuk Seri Reezal Merican dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Dalam pada itu, seramai 17 calon yang bersaing bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendahului dengan masing-masing meraih dua undi setakat jam 3.30 petang tadi.
Mereka ialah Datuk Seri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Datuk Seri Ahmad Maslan; Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh; Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi; Datuk Dr Shaik Hussein Mydin; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Azian Osman dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Selain itu, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah; Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin; Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad dan Datuk Dr Hamim Samuri. – MalaysiaGazette