Dr Muhamad Akmal Saleh diraikan selepas menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin dalam saingan empat penjuru, hari ini.

JASIN – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Jasin dalam saingan empat penjuru semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memperoleh 340 undi menewaskan penyandangnya, Datuk Hasan Abd Rahman yang mendapat 194 undi sekali gus menyaksikan ia mendapat majoriti 146 undi.

Dua lagi calon yang tewas adalah bekas Naib Ketua Bahagian yang juga ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan (151) undi dan bekas Bendahari Bahagian, Datuk Mohd Yusof Osman yang memperoleh 21 undi.

Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula dimenangi Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian, Azman Abdullah (289) undi manakala Naib Ketua Bahagian pula dimenangi ADUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar (353 undi).

Keputusan pemilihan UMNO bagi sesi 2023-2026 itu diumumkan Penyelia Pemilihan UMNO Bahagian Jasin, Abu Bakar Md Sudi pada jam 12.50 pagi ini.

Mesyuarat kali ini menyaksikan seramai 711 perwakilan membuang undi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Jasin. – MalaysiaGazette.