ACP Noor Dellhan Yahaya

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan dua kenyataan yang ditularkan menerusi media sosial berkenaan, akan berlakunya perhimpunan besar-besaran di ibu negara untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada adalah tidak benar.

Oleh itu, polis menasihatkan orang ramai orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi penyebaran kenyataan ang boleh membangkitkan kegusaran awam. menerusi mana-mana platform media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, perbuatan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang terlibat.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang berniat ingin menimbulkan kegusaran awam,” katanya.

Semakan mendapati kandungan kenyataan tersebut adalah tidak benar di mana keadaan tahap keselamatan semasa adalah baik dan terkawal.

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membangkitan kegusaran awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast