Tengku Zafrul Tengku Aziz

KUALA LUMPUR – Sehingga pukul 12.00 tengah malam – Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendahului persaingan merebut jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Shamsul Anuar memperoleh 83 undi manakala Tengku Zafrul yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mendapat 81 undi.

Menteri Luar Negeri,  Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir memperoleh 81 undi manakala Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mendapat 78 undi.

Calon lain yang berada dalam kedudukan 25 teratas untuk dipilih sebagai MKT adalah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (78), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (72), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (71) dan Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (62).

Turut berada dalam kedudukan tertinggi ketika ini adalah bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan (47), Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil (43) dan Datuk Lokman Noor Adam (40).

Ketika ini pengiraan undi masih lagi berlangsung di bahagian-bahagian terbabit dan sumber memaklumkan ia bakal mengambil masa yang panjang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast