Norlizah Noh ketika mengadakan lawatan di sekolah sekitar negeri itu sempena sesi persekolahan baru di sini hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Para pelajar yang terjejas akibat banjir di Jogor dibenar tidak memakai pakaian seragam sekolah selama dua bulan.

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Noh berkata, langkah itu bertujuan tidak membebankan ibu bapa untuk menyediakan pakaian seragam sekolah.

“Saya dimaklumkan di Batu Pahat juga dijangkakan berlarutan lebih sebulan atau mungkin menjangkau dua bulan.

“Disebabkan itulah di kawasan terjejas banjir di negeri ini pengecualian memakai pakaian seragam sekolah diberikan sehingga dua bulan lagi,” katanya ketika ditemui media di Bangunan Sultan Ismail hari ini.

Pada 14 Mac lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.

Dalam pada itu, Norlizah berkata, kerajaan negeri ini akan menyalurkan bantuan peranti elektronik kepada pelajar terkesan banjir.

Ini membolehkan mereka mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) juga sedang mendapatkan data jumlah murid yang perlu mengikuti PdPR namun tiada peranti elektronik.

Katanya kesemua mereka yang terlibat akan mengikuti kelas PdPr antara tempoh satu hingga dua bulan.- MalaysiaGazette