Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Pengenalan Calon-Calon Bagi Pemilihan UMNO Malaysia Peringkat Negeri Selangor 2023 di Shah Alam Convention Centre. Foto MOHD ADZLAN, 08 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pendidikan Tinggi,  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendahului persaingan merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

Sehingga pukul 11.50 malam, Wan Rosdy mendapat 82 undi manakala Mohamed Khaled pula memperoleh 74 undi.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani masih mengekori rapat dengan 65 undi meninggalkan empat pesaing lain.

Datuk Seri Azalina Othman Said (39), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (31), Datuk Hasni Mohammad (28), Datuk Seri Mahdzir Khalid (17).

Seorang lagi calon Dr. Mohd. Yusof Musa masih belum memperoleh sebarang undi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast