Anwar sebak
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menahan sebak semasa menyaksikan persembahan pantomim insiden pencerobohan Kampung Tanduo Lahad Datu pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-216 di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 20 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat menahan sebak ketika menyaksikan persembahan pantomim yang mengimbau kenangan tragedi berdarah pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, 10 tahun lalu.

Persembahan itu diadakan pada Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

“Jasa pegawai dan anggota polis yang terkorban ketika tragedi detik hitam dalam sejarah negara itu sentiasa terpahat dalam ingatan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau juga menghargai jasa dan pengorbanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamananan dan kedaulatan negara.

Anwar menegaskan, mana-mana tindakan melampau atau mengganggu-gugat keamanan pasti akan ditangani sebaik-baiknya oleh PDRM demi kestabilan semua. – MalaysiaGazette