Diana Danielle. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Model dan pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil, Diana Danielle bertindak memfailkan permohonan cerai pada awal bulan ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya melaporkan, wanita itu memberikan alasan sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) untuk sekian lama.

Untuk makluman juga, sebutan untuk kes cerai itu telah Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari hari ini.

Turut difahamkan, Farid enggan melafazkan cerai tersebut dan Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai.

Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast