Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak mentah global merosot lagi minggu ini walaupun terdapat isyarat kukuh bahawa bank-bank pusat mengambil langkah untuk membantu peminjam yang berdepan masalah di Amerika Syarikat dan Eropah.

Di Asia, minyak mentah Brent didagangkan pada AS$70.65 setong, manakala West Texas Intermediate $64.83 setong.

Ia merupakan penurunan kali pertama sejak Disember 2021.

Kedua-duanya turun lebih daripada tiga peratus daripada penutup hari Jumaat.

Harga minyak didagangan lemah pada permulaan minggu dagangan baharu yang lemah selepas keruntuhan Silicon Valley Bank dan Signature Bank di Amerika Syarikat serta masalah kecairan oleh Credit Suisse. – Agensi