Hasni pemilihan
Hasni Mohammad

KUALA LUMPUR – Datuk Hasni Mohammad berlapang dada menerima keputusan pemilihan Naib Presiden UMNO yang tidak memihak kepadanya.

Menurut beliau, keputusan itu tidak akan sesekali mengurangkan tanggungjawabnya untuk bekerja dan memimpin masyarakat selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut dan Ahli Parlimen Simpang Renggam.

“Saya tetap berpegang kepada Mengabdi Hidup Berkhidmat,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Johari Abdul Ghani dipilih sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal 2023-2026 pada pemilihan Sabtu lalu.

Selain Hasni, turut bersaing untuk jawatan berkenaan ialah Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Hasni mengucap terima kasih kepada semua perwakilan yang memberi sokongan kepadanya serta mereka yang membantunya ketika berkempen.

“Tahniah kepada mereka yang terpilih dalam Pemilihan UMNO 2023-2026,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast