Fadhlina Sidek dan Wan Rosdy Wan Ismail bersama sebahagian pelajar semasa meninjau Pengoperasian Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) Secara Rintis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau di Lipis pada hari ini.

LIPIS – Operasi kantin sekolah pada Ramadan ini akan berjalan seperti biasa berikutan tiada keperluan untuk menghentikannya.

Menteri Pendidikan Fadlina Sidek berkata, operasi kantin boleh dijalankan kerana ada  pelajar bukan Islam.

Maka katanya adalah tidak wajar memaksa murid-murid untuk berpuasa jika melihat rakan-rakan mereka melakukan ibadah tersebut.

“Mereka pelajar bukan Muslim adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang melihat anak-anak orang Islam yang lain berpuasa tapi mereka tidak terlibat dalam ibadah ini,  jadi mereka boleh lakulan aktivti mereka seperti biasa.

“Dalam konsep Malaysia Madani, kita hendaklah bersifat inklusif dalam menghormati bulan Ramadan, jadi kita perlu memaklumkan pada anak-anak bahawa Ramadan adalah bulan ibadah.

“Jadi untuk ‘non muslim’ ini juga perlu diberi ruang untuk mengikuti ibadah ini tapi dalam masa yang sama perlu disokong dan disantuni oleh pihak sekolah,” katanya.

Terdahulu beliau melakukan lawatan kerja sempena Pengoperasian Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) Secara Rintis di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau di Lipis pada hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. menteri MADANI BANGANG……MANA ada sekolah yang MAJORITI ISLAM …MEMAKSA BUKAN ISLAM BERPUASA….yang DIDIDIK ialah mereka HORMAT RAKAN ISLAM sedang BERPUASA…dan boleh ajak untuk nikmati berbuka bersama

    BAGAIMANA anak2 yang baru diLATIH berpuasa melihat rakan2 bukan ISLAM makan di hadapan mereka….goyang IMAN mereka akan tidak berpuasa dengan alasan baru berlatih puasa

Comments are closed.