FIROZ KOAH- Seorang ibu dan lima anaknya terbunuh apabila lombong tinggal dari peperangan lalu meletup di wilayah Ghor barat Afghanistan pada Ahad.
“Kejadian itu berlaku semasa lima kanak-kanak malang itu menemui alat seperti mainan dan mula bermain dengannya, tetapi tiba-tiba ia meletup,” lapor Xinhua.
Ini adalah kejadian kedua seumpamanya sejak Jumaat.
Insiden sebelum ini, yang berlaku di wilayah Logar timur menyebabkan dua kanak-kanak maut dan dua lagi cedera.
Satu lagi letupan serupa mencederakan empat kanak-kanak di wilayah Kandahar selatan negara itu 10 hari lalu.
Afghanistan dilaporkan antara negara paling tercemar lombong di dunia kerana berpuluh-puluh orang, kebanyakannya kanak-kanak, terbunuh dan cacat setiap bulan akibat letupan senjata api yang tidak meletup yang tinggal dari empat dekad peperangan. – Agensi