KUALA LUMPUR – Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Paling Jaya, Semenyih sejak beberapa hari lalu akhirnya terbongkar dengan penemuan mayat seorang lelaki.
Mayat lelaki itu ditemui petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, bilik gerakan operasi negeri telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu sekitar jam 4.09 petang.
“Bertindak atas panggilan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih diketuai komander operasi, Rozaidi Abdul Rahim tiba di lokasi kejadian pada jam 4.15 petang.
“Berdasarkan keadaan mayat yang telah mengembung, mangsa dipercayai telah meninggal dunia selama beberapa hari dan tidak disedari mana-mana orang,” katanya menerusi kenyataan media.
Lelaki itu berusia 49 tahun.
Katanya, pasukan bomba membawa keluar mangsa menggunakan stretcher khas dari rumah tersebut.
Mangsa tinggal di rumah ini berseorangan.
Mayat berkenaan dihantar ke hospital berhampiran bagi proses bedah siasat,” kata beliau. – MalaysiaGazette