Amiruddin Hamzah

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) kecewa permohonan parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional ditolak.

Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah berkata, penolakan tersebut turut membawa maksud PN tidak mahu menyatutan undi kaum Melayu.

“Pejuang dimaklumkan bahawa semalam Majlis Tertinggi Perikatan Nasional telah bermesyuarat untuk antara lainnya membincangkan permohonan Pejuang menyertai gabungan Perikatan Nasional.

“Pejuang telah dimaklumkan bahawa permohonan ini telah ditolak.

“Adalah amat mendukacitakan bahawa iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan Perikatan Nasional,” kata Amiruddin dalam kenyataan.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan itu tidak akan menggugat matlamat Pejuang untuk terus relevan dalam politik tanah air.

Parti yang dipimpin oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu akan membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri.

“Pejuang akan sentiasa kekal dalam arena politik negara untuk mempertahan Rule of Law dan membawa amanat perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

“Dengan itu, Pejuang akan terus menggerakkan jentera di kawasan-kawasan tertentu untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang,” katanya.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini mengumumakan parti tersebut menolak permohonan Pejuang untuk menjadi komponen.

Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan an Sri Muhyiddin Yassin malam tadi.

“Majlis Tertinggi sudah membuat keputusan menolak permohonan kemasukan Parti Pejuang Tanah Air ke PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat terbabit dihadiri Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Gerakan Senator Datuk Dr Dominic Lau dan semua wakil parti PN.

Sebelum ini, Mukhriz Mahathir memaklumkan, pihaknya sudah mengutuskan surat kepada Muhyiddin selaku Pengerusi PN supaya partinya diterima sebagai anggota komponen PN.

Beliau dilaporkan berkata, pertimbangan dibuat selepas pihaknya mendapati tidak memadai kerjasama pakatan pilihan raya diwujudkan hanya untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang ditandingi terutama ketika perlu menggunakan lambang berasingan oleh kedua-dua pihak.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. PN hindarkan awal-awal party PEJUANG ni.
    apa perlu dia TUBUH PARTI?
    Ayat dia “Adalah amat mendukacitakan…. untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan Perikatan Nasional,” kata Amiruddin.
    ingat ungkapan BELANDA DAPAT TANAH
    juga bidalan “kalau jumpa ular, keling dan………” mana perlu katok terlebih dahulu?

Comments are closed.