Polis seorang mengesan seorang wanita yang mencuri barangan jemaah wanita di Masjid Taman Temerloh Jaya bernilai RM3,500 di sini semalam.

TEMERLOH – Polis sedang mengesan seorang wanita yang mencuri barangan jemaah wanita di Masjid Taman Temerloh Jaya bernilai RM3,500 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff mengesahkan pihaknya menerima dua laporan polis berhubung kejadian itu.

Ekoran laporan polis tersebut, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff

“Polis menerima dua laporan berkaitan kejadian tersebut pada 19 Mac 2023 jam lebih kurang pukul 4.39 petang dan 3.29 petang.

“Pihak polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkenaan suspek boleh disalurkan kepada kepada pegawal penyiasat, Sarjan Md Tamizan Mohamed di talian 013-3418771 atau kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh di talian 09-2716222 atau mana-mana balai balai polis berdekatan.

Terdahulu  polis telah menerima satu rakaman video tular berdurasi dua minit dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8175 memaparkan individu melakukan jenayah curi barangan jemaah masjid.

Berdasarkan rakaman kamera tertutup masjid berkenaan, kejadian dipercayai berlaku pada 18 Mac lalu di mana suspek dipercayai seorang wanita sedang mencuri barang peribadi milik jemaah wanita.

Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki kereta Proton Wira berwama biru atau kelabu. – MalaysiaGazette