KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang menolak sekeras-kerasnya penganjuran Hot Thai Guy yang menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian wanita pada 30 Mac ini.
Ketuanya, Datuk Hasry Sham Chasmen berkata, program itu jelas cuba menyuntik dan mempromosi budaya songsang yang bertentangan dengan agama dan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
“Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang mendapati infografik dan poster yang dihebahkan di media sosial itu mengandungi dengan unsur-unsur LGBT sebagai promosi penganjuran pembukaan bar Privacy Tun Razak.
“Pihak penganjur bukan sahaja tidak menghormati malah secara sengaja menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di negara ini. Apatah lagi akan dibuat dalam bulan Ramadan, ketika umat Islam menunaikan ibadah puasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sejak semalam tular poster penganjuran acara lelaki berotot memakai skirt dan mengenakan pakaian dalam wanita dikenali sebagai Thai Hot Guy yang dijadual berlangsung di sebuah kelab di sini pada 30 Mac ini.
Dalam pada itu, Hasry Sham juga melahirkan kebimbangan jika acara songsang itu tidak dihalang, ia kelak boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Bagaimanapun dalam perkembangan hari ini, penganjur program itu sudah menyatakan persetujuan membatalkannya seperti arahan polis. – MalaysiaGazette
Dijangkakan banyak lagi provokasi2 seperti ini akan diadakan dimasa2 akan datang?