KUALA LUMPUR – Seorang Orang Asli yang dilaporkan hilang ketika mencari buluh pagi semalam di Bukit Damansara Perdana, dekat sini, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.42 malam daripada orang awam yang melaporkan penemuan seorang Orang Asli.
“Mangsa yang keluar mencari buluh pada jam 8 pagi dan sepatutnya pulang ke rumah pada jam 2 petang namun sehingga jam 8 malam tadi (Selasa) ahli keluarga memaklumkan mangsa masih belum pulang ke rumah.
“Ahli keluarga juga memaklumkan bahawa mangsa juga mempunyai sejarah penyakit jantung,” katanya dalam kenyataan
Menurut Morni, pihak bomba yang tiba di lokasi motorsikal dipercayai milik mangsa yang berumur 48 tahun itu dijumpai memulakan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai penduduk Kampung Desa Temuan.
“Hasilnya, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedar diri pada jam 11.35 malam tadi di atas bukit dengan anggaran jarak 300 meter dari lokasi motorsikal mangsa ditemui,” ujarnya.
Kata beliau, mangsa kemudian dikeluarkan dari kawasan itu sebelum Bilik Kawalan Balai menghubungi Kementerian Kesihatan untuk bantuan perubatan. – MalaysiaGazette