SUNGAI PETANI – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga saksi perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lelaki warga Rohingya yang dikenali sebagai Naing Lin itu dikesan tinggal di alamat terakhir di Kampung Batu 2, Jalan Kuala Ketil.

“Justeru, kita memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan saksi kes berkenaan atau Naing Lin tampil sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nurfatinah Hashim di talian 04 429 9222 sambungan 2123 atau 018 332 0822,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Zaidy, perbicaraan kes dadah itu dibuat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – MalaysiaGazette