Johari Abdul

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat diawalkan tiga minggu iaitu 22 Mei depan.

Perkara berkenaan disahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul hari ini.

Katanya, pindaan berkenaan dibuat selaras Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Ekoran itu persidangan Dewan Rakyat kelak berlangsung selama 11 hari hingga pertengahan 15 Jun.

Jelas Johari, pindaan tarikh persidangan dibuat bagi bagi memberi laluan kepada ahli Parlimen yang akan menjalani ibadah haji tahun ini untuk membuat persiapan.

Beliau berkata, notis bertulis akan diberikan kepada semua ahli Parlimen untuk pemakluman perkembangan berkenaan.

Sebagai rekod, persidangan Dewan Rakyat Penggal Kedua sepatutnya bermula pada 12 Jun 2023.- MalaysiaGazette