Datuk Abdul Razak Abdul Majid

KUALA LUMPUR – Lembaga pengarah Tenaga Nasional Bhd (TNB) meluluskan pelantikan Datuk Abdul Razak Abdul Majid sebagai pengerusi syarikat bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 27 Mac 2023.

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Abdul Razak, 72, ketika ini merupakan ahli Jawatankuasa Tindakan bagi penubuhan Pusat Tenaga Nasional sejak 2021 dan ahli Panel Penasihat Bebas, Perbadanan Sumber Petroleum Malaysia sejak 2022.

Menurut syarikat itu, beliau turut dijemput oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia untuk mempengerusikan dua jawatankuasa (Rantaian Bekalan dan Pelesenan) sejak 2022.

Abdul Razak juga memegang jawatan pengarah di Petronas Gas Bhd.- BERNAMA