Fattah melancarkan lima lagu zikir eksklusif sempena kedatangan bulan Ramadan yang boleh didapati menerusi aplikasi Mukmin Pro.

KUALA LUMPUR – Peminat industri seni hiburan tanah air yang mengikuti perkembangan selebriti popular Fattah Amin dari dekat sudah tentunya tahu perubahan yang dilaluinya dari masa kesemasa.

Dia bermula dalam peragaan, kemudian menggilap bakat dalam lakonan dan seterus nyamelebarkan sayap dalam nyanyian pula.

Bagaimanapun bukan lagu-lagu berkonsep komersial menjadi pilihan Fattah,33, kerana dia sebaliknya menggemari genre dakwah, ketuhanan serta memuji dan memuja keagungan Allah.

Terbaharu, Fattah baru melancarkan lima lagu zikir eksklusif sempena kedatangan bulan Ramadan yang boleh didapati menerusi aplikasi Mukmin Pro.

Lagu-lagu zikir yang diterbitkan oleh Mukmin Pro ini adalah sebahagian daripada fokus baru Fattah dalam menghasilkan lebih banyak kandungan zikir dan muzik Islamik.

Lima trek zikir iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah tersedia di aplikasi Mukmin Pro.

Fattah berkata, dia bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikirini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas.

“Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secara eksklusif di aplikasi Mukmin Pro dan saya berharap ia membawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini,” katanya.

Fattah Amin mengalami perubahan kematangan dari masa ke semasa.

Projek ini dihasilkan dibawah jenama Masyhur iaitu label rekod di bawah Universal Music yang turut menyokong inisiatif ini.

“Keinginan kami (bersama isteri Fazura) untuk buat aplikasi dah lama wujud. Kami terdetik, satu hari kami teringin nak ada program begini.

“Disitulah bermulanya kami ‘create’ aplikasi Mukmin Pro. Sebenarnya saya dengan Faz dah banyak plan untuk buat lebih banyak lagi selain dari ciri-ciri yang ada di MukminPro.

“Salah satunya Daily Zikir yang sebelum ini kita plan,  waktu itu terdetik kenapa tak buat sendiri. Memandangkan saya artis Universal Music, dua lagu sebelum ini dengan mereka pun lagu ketuhanan.

“Jadi saya terfikir, sudah dah ada ciri Daily Zikir kenapa tak buat zikir daripada saya dan mungkin lepas ini ada banyak lagi artis-artis Masyhur ataupun ada lagi artis-artis kat luar genre nasyid, Islamik dan Ketuhanan yang kita boleh berkolaborasi untuk kita letak dalam features Halwa,” katanya.

Menurutnya, niat mereka sebenarnya tidak lain adalah untuk bagi orang tahu berkenaan kiblat, beritahu fasal sembahyang serta benda-benda kerohanian.

“Jadi,kami fikir buat sendirilah dan dari situlah saya berjumparakan-rakan dan mula hasilkan projek ini. Mulanya kami plan hasilkan tiga zikir.

“Zikir-zikir ini memang yang orang dah ‘familiar’. Kami buat muzik baru dan susunan baharu dan tiga tiba-iba jadi seperti cukup kerana satu zikir dua minit sahaja.

“Ia terlalu sekejap sangat dan kami tambah lagi dua hingga lengkap lima track zikir,” katanya.

Lagu-lagu zikir ini boleh dihayati melalui Spotify, Apple Music dan Youtube mulai minggu pertama Ramadhan ini edaran Masyhur/ Universal Music. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast