The contributors of the Employees Provident Fund (EPF) queuing up to update their personal information and opening I-Account at the EPF Headquarters of Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. PIX: MUHD NA'IM / MalaysiaGazette / 01 APRIL 2022.
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Simpanan wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  tidak perlu usik menerusi apa jua peraturan dan kerangka perundangan.

Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, pihaknya tidak pernah membantah dua keputusan sebelum ini, yang dibuat ketika pandemik Covid-19 tetapi sekarang negara sudah keluar daripada pandemik dan berada dalam fasa endamik.

“Kita perlu fikirkan kaedah dan cara lain untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat, terutama pekerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Oleh itu, beliau berkata, gesaan untuk terus membenarkan simpanan berbaki dikeluarkan atas alasan impak susulan pandemik Covid-19 sewajarnya tidak perlu dilayan.

Tegasnya, semua pihak perlu kembali ke landasan matlamat asal KWSP diwujudkan, sebagaimana entiti-entiti lain yang bertujuan untuk menggalakkan simpanan dalam kalangan rakyat. UNI-MLC sebenarnya hairan mengapa desakan dan tekanan dikenakan untuk mengeluarkan sekali lagi simpanan KWSP.

UNI-MLC bimbang sekiranya dibenarkan pengeluaran kali kelima, ia akan melemahkan kedudukan kewangan dengan teruk ke atas pencarum KWSP dalam jangka masa panjang.

Mohamed Shafie BP Mammal

“Kita perlu menerima hakikat bahawa KWSP ditubuhkan di bawah satu akta yang diluluskan Parlimen demi menjaga kepentingan para pencarum KWSP selepasbersara. Kita tidak seharusnya mengambil tindakan dan keputusan yang bercanggah dengan matlamat Akta KWSP dan dasar-dasar penubuhan KWSP itu sendiri.

“Jika tidak, KWSP akan lari dari matlamat penubuhannya. Setiap badan berkanun berkaitan dengan sistem perburuhan dan pekerjaan ada tujuannya, dan ia harus dipertahankan demi kebajikan dan perlindungan menyeluruh para pekerja pada hari ini dan pada masa depan.

“Hari ini kita melihat kesannya, dengan kadar simpanan selepas beberapa siri pengeluaran KWSP, ekoran kemudahan yang dibenarkan di bawah pakej rancangan ekonomi bagi menangani impak pandemik Covid-19, telah menyebabkan simpanan pekerja menjadi terlalu kecil dengan ada pencarum hanya ada sekitar RM10,000.

Ini satu perkembangan yang amat menyedihkan lagi membimbangkan,” tambahnya.

Mengambil kira saranan dan pandangan pelbagai pihak, UNI-MLC juga mendapati tidak wajar untuk membenarkan pengeluaran simpanan kali ketiga kerana ia boleh mengancam kehidupan selepas persaraan.

Justeru, UNI-MLC menggesa agar kita jangan sentuh simpanan dalam KWSP, sebaliknya menggunakan pendekatan-pendekatan lain yang difikirkan relevan,
sesuai dan sewajarnya.

Kerajaan terutama Kementerian Kewangan perlu mengambil pendirian tegas dalam perkara ini demi masa depan para pencarum. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. la ni ramai yg cakap pandai, bg cadangan yg konon2nya membantu rakyat.. hampa sedaq dak atau buat2 x nampak yg mana rakyat yg terkesan, tertekan, boleh kata nak mampoih dah dgn kos sara hidup yg terlalu membebankan.. mana hati perut hampa..nk tgu rakyat terjun jambatan, bangunan ramai2 ka apa..skrg pun berapa ramai yg pilih jalan singkat, bergaduh, bercerai, merempat sana sini hampa x nampak ka…

  2. ko org ada duit blh cakap mcm2..x prlu kluarkan kwsp x pe…mcm kami ni org susah..nk makan hari2 pun kna fikir …catu…jgn fikir semua rakyat senang..x rasa susah..x pernah rasa brlapar blh la ckp..
    Kami berhutang sana sini ..nk daftar anak skolah brhutang .ni nk raya lg…blnjer hari2 lg…
    Kerja mkin pyah..kos sara hdup mkin tggi..tenat oiii .
    Nk bli apa2 kna fikir 2..3 kali..
    x payah nk prtimbangkn la utk kluarkn kwsp..bg je..rakyat skrg btul2 ssh..soal masa dpn nnt x pyh khuatir la .bkn kerja kita nk tentukn nasib seseorg .fikir rakyat yg hdup btul2 ssh dlu…

  3. suka hati aku la nak kuarkan duit kwsp aku. nama pun duit aku… yg kwsp n kerajaan kelam kabut sgt kenapa… sebab mmg duit kami korang guna ke… bukan hak kwsp utk halang… yg masukkan duit tu dlm akaun aku… ialah aku dan majikan… bukan kwsp atau kerajaan yg masukkan duit aku dlm tu… jadi kerajaan n kwsp xder hak sama sekali utk halang pencarum utk kuarkan duit mereka… keyakinan kami terhadap kerajaan n kwsp dah hilang…

  4. woi babi sial pukimak kau,kau cakap sedap sbb kau xrsa kau ada byk duit,cuba kau duk tempat kita org br kau tahu,dgn hutang byk, rumah sewa tertunggak,kau nk jd mcm babi ye,sial punya org, duit kita org ikt kita org la nk buat keluar,bkn duit kau setan

  5. mengapa dan kenapa pencarum memohon mengeluarkan kwsp..kalau tak kesempitan hidup dalam keadaan ekonomi meningkat pencarum tak akan meohon sekali lagi.. sekira nya gaji minumum pekerja rm3500 sebulan pencarum tak akan memohon. lagi oun b40 dan m40 pun susah nak mendapat kerja..demi kelangsungan hidup dan tekanan hutang dekat ban pencarum juga tak memohon pngeluaran..kami pencarum merayu supaya kmi dapat mengeluarkan kwsp kami untuk menglangsai kan hutang sebb gaji tak dapat tampung hutang yang tertongak..

  6. duit bkn duit malaysiagazzete atsu duit mak bapak Uni Mlc p duit kami pencarum so jgn nk menyibuk

Comments are closed.