Anjing pengesanK, Lali menyertai operasi mencaridan menyelamat mangsa dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus sungai di Kampung Aur, Bukit Ibam Muadzam Shah.

KUANTAN –  Operasi pencarian seorang wanita dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika melalui sebuah jambatan gantung di Muadzam Shah pada 3 Mac lalu diteruskan pada hari ke-22 kehilangannya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar berkata, khidmat anjing pengesan, K9, milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenali Lali digunakan dalam operasi itu

“Pencarian pada hari ini lebih tertumpu di kawasan alur-alur sungai serta tebing sungai dan dibantu Unit Selam Bomba,” katanya.

Operasi mencari Orang Hilang (OH) dimulakan pada jam 9 pagi hingga 5 petang itu disertai tiga pegawai dan 16 anggota PDRM dan bomba itu membabitkan lima bot dan sebuah ambulans.

Menurut Azahari, pencarian dimulakan semula pada 20 Mac lalu setelah berhenti pada hari ke-14 kehilangan mangsa pernah menggunakan khidmat anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Nur Hafizah Zailan, 23, dilaporkan hilang selepas menyeberangi jambatan bersama bapa saudaranya di Kampung Aur, Bukit Ibam, Muadzam Shah.

Dalam insiden berkenaan mangsa dan bapa saudaranya dipercayai terjatuh selepas jambatan itu dinaiki air.

Kejadian itu penduduk kampung sempat menyelamatkan bapa saudara mangsa manakala Nur Hafizah dihanyutkan arus deras sungai. – MalaysiaGazette