Seorang penumpang kereta dan seorang pejalan kaki maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Pekan - Rompin dekat Kampung Merchong hari ini.

KUANTAN – Seorang penumpang kereta dan seorang pejalan kaki maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Pekan – Rompin dekat Kampung Merchong hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu berlaku apabila seorang pemandu kereta dan penumpang dalam perjalanan balik dari Pekan ke Rompin.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu kereta dipercayai mengantuk lalu terbabas ke kiri dan terlanggar pejalan kaki yang berada di tepi jalan.

“Kemudian pemandu memulas stereng ke kanan lalu terbabas masuk ke dalam sungai,” menurut laporan polis.

Akibat kemalangan, pejalan kaki serta penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian.

Penumpang kereta yang meninggal dunia, Nor Katijah Mamat berusia 33 tahun yang juga suri rumah.

Pejalan kaki dikatakan seorang warga Rohingya yang identitinya masih belum dikenali.

Manakala pemandu kereta terbabit, Mohamad Aizudin Karim, 27, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan cedera di tangan kanandan menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Pekan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast