KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat menyambut Hari Polis yang ke-216 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Hari Polis disambut setiap 25 Mac.

“Penghargaan saya buat semua warga PDRM atas jasa dan khidmat bakti yang diberikan kepada rakyat dan negara.

“Pengorbanan warga PDRM dalam menjaga dan memelihara keamanan negara akan sentiasa dikenang buat selamanya,” kata perdana menteri menerusi hantaran di Facebook. – MalaysiaGazette