Remaja lelaki yang tersepit dalam kereta selepas melanggar pokok di Subang hari ini. - Gambar ihsan Bomba Selangor.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki melalui detik cemas  apabila kereta yang dipandunya merempuh pokok dalam kejadian kemalangan di Jalan USJ2/7, Taman USJ, Subang Jaya dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Morni Mamat berkata, kemalangan pukul 3.12 petang membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

“Mangsa seorang lelaki remaja yang memandu kereta itu hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kereta Toyota Vios dipandu lelaki remaja terbabas dan melnggar pokok tepi jalan di USJ Subang hari ini. – Gambar ihsan Bomba Selangor.

Tambah Morni, akibat kemalangan itu, mangsa berusia 18 tahun itu didapati tersepit di bahagian pemandu yang remuk teruk.

“Anggota bomba mengambil masa 10 minit bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa kemudian dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut dan sudah memaklumkannya kepada polis,”  – MalaysiaGazette