Noraini
Noraini Ahmad

BUTTERWORTH – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang baharu.

“Ya, saya mengesahkan Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Risda,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan lantikan tersebut yang tular di media sosial sejak semalam.

Terdahulu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid (tiga dari kanan) menyerahkan simbolik kunci kepada penyewa projek perumahan SPR Perda di Pulau Pinang hari ini.

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan kunci kepada 10 penyewa yang mewakili 52 peserta projek perumahan Skim Perumahan Rakyat (SPR) Perda di Kuala Sungai Pinang dalam daerah Barat Daya.

Noraini Ahmad, 56, yang juga Ketua Wanita UMNO sebelum ini pernah memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi.

Selain itu, beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi memeriksa dan memantau urusan dan pentadbiran kewangan negara.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar besertakan ucapan tahniah yang mendakwa Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Risda baharu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast