Mohamad Farouk Eshak.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang penjual surat khabar yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang remaja wanita berusia 13 tahun Jalan Kampung Fajar, Ampang, dekat sini, pada Disember lalu

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek yang merupakan warga asing ditangkap di Jalan Air Jernih, Setapak pada jam 5.20 petang Sabtu lalu.

“Jam lebih kurang 7.00 pagi (suspek) ke rumah mangsa dan telah masuk ke dalam bilik kemudian telah memegang badan mangsa, memegang kedua-dua lengan kanan dan kiri serta memeluk mangsa.

“Selepas itu, mangsa diberikan wang RM50 sebagai ganjaran,” katanya menerusi kenyataan.

Mohamad Farouk berkata, suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana dengan sengaja melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Jika disabit kesalahan, suspek berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau dengan sebat atau kedua-duanya. – MalaysiaGazette