Chef Anuar menunjukkan masakan daging gulai kawah yang menjadi antara tarikan utama sehingga 100 jenis menu yang ditawarkan Hotel Seri Costa Melaka sepanjang Ramadan sehingga 19 April ini.

MELAKA – Ingin menikmati juadah masakan kampung ketika berbuka, Hotel Seri Costa Melaka mungkin pilihan terbaik.

Menawarkan hampir 100 hidangan termasuk tujuh buah gerai yang berkonsep terbuk tentunya menambat hati mereka yang mahukan suasana santai di tengah pusat bandar Melaka.

Chef Hotel Seri Costa Melaka, Anuar Arifin berkata, masakan daging gulai kawah dan asam pedas Melaka adalah antara tarikan utama daripada 80 hingga 100 jenis hidangan yang ditawarkan sepanjang Ramadan sehingga 19 April ini.

Hotel Seri Costa Melaka menyediakan sehingga 100 jenis hidangan Bufet Ramadan: Citarasa Selera Kampung sehingga 19 April ini.

“Antara hidangan tarikan lain adalah martabak yang mempunyai lebih banyak ayam dan daging berbanding kebiasaan bersama jeruk bawang dan kuah kari selain kambing bakar, kepak ayam dan pelbagai lagi.

“Turut ditawarkan adalah rojak buah, gado-gado, mi goreng, buah-buahan tempatan, minuman sejuk dan panas serta pelbagai jenis kuih muih tempatan,” katanya di sini hari ini.

Tambah Anuar, harga yang ditawarkan adalah RM65 untuk dewasa, RM50 bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas dan RM45 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan dengan menghubungi talian 012-2545268 (Norli) atau 06-2816666.

Antara bilik Hotel Seri Costa Melaka yang telah siap dinaik taraf yang menyaksikan perubahan sehingga 70 peratus berbanding sebelum ini dengan konsep lebih moden demi keselesaan pengunjung.

Sementara itu, Pengurus hotel, Fairuz Hilmi Ismail berkata, hotel tiga tingkat milik penuh Felda Travel Sdn Bhd  dengan kapasiti 135 bilik itu juga kini dalam proses naik taraf dengan rekaan dalaman lebih moden demi keselesaan pengunjung.

“Reka bentuk lantai serta tandas di setiap lapan jenis bilik telah dan akan dinaik taraf yang menyaksikan perubahan sehingga 70 peratus berbanding bilik sebelum ini.

“Ini bagi memastikan hotel kami berdaya saing dengan penginapan moden lain sekali gus memastikan pelancong merasai pengalaman berbeza pada harga yang amat berpatutan,” katanya. – MalaysiaGazette