KUALA LUMPUR – Para penyokong Perikatan Nasional (PN) didakwa pelik kerana mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perdana menteri tidak dapat bertemu dengan Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Lantas mereka memuji Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan lebih berjaya kerana pernah bermesyuarat dengan Putera Mahkota biar pun Raja Salman ‘mungkir janji’ apabila tidak bertemu dengan bekas perdana menteri itu secara maya.
Pemerhati politik, Lim Sian See beranggapan, jika begitu mentaliti para penyokong PN, bagaimanadengan Datuk Seri Najib Razak.
Ini kerana, katanya, Najib berkali-kali bertemu dan berpeluk dengan Raja Salman dan puteranya semasa menjadi perdana menteri.
“Siap selfie dengan Raja Salman dalam kereta,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Malah Najib telah dianugerahkan pingat terpenting Arab Saudi iaitug kain kiswah.
Selain itu, Raja Salman bersama 600 orang pengiringnya sudi melawat Malaysia dan melabur RM30 bilion dalam negara.
Najib dan Raja Salman berjaya tubuhkan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) di Malaysia.
Bukan itu sahaja, bahkan Najib berjaya menaikkan kuota haji ke 42,200 orang – hampir berganda berbanding sekitar 23,000 pada tahun sebelumnya.
“Midin (Muhyiddin) ada tak? Satu bulu pun dia tak dapat bagi negara dari Arab Saudi. Nak banding sekadar untuk puji Midin tapi tak sedar diri,” ujarnya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: