Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub (kiri) bergambar sebelum menyempurnakan gimik “flag off” konvoi Bakul Rahmah ke Tambun di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 28 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Hampir 36,000 Bakul Rahmah telah diedarkan sejak ia dilancarkan Januari lalu. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, jumlah itu mencapai pengedaran 75 peratus kepada golongan miskin tegar seperti yang disasarkan.

“Kita sasarkan kita akan dapat salurkan 48,000 bakul ini. Selepas ini akan lebih ramai pemain industri akan menyokong inisiatif ini dan saya percaya bahawa inisiatif lain seperti Jualan Raya Rahmah, jualan di kebanyakan pusat beli-belah sedang berjalan dan saya harap rakyat dapat mengambil manfaat dalam inisiatif ini kerana barang yang dijual pada harga yang sangat rahmah,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang media selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan pelepasan konvoi Bakul Rahmah ke Parlimen Tambun di Dewan Serbaguna Parlimen hari ini.

Dalam pelepasan itu, sejumlah 1,500 Bakul Rahmah akan diedarkan di Parlimen Tambun.

Jelas Salahuddin, pelancaran itu sepatutnya dibuat lebih awal tetapi  Anwar mengarahkan agar bakul-bakul berkenaan diedarkan ke negeri-negeri yang dilanda banjir terlebih dahulu.

“Bila dilancarkan sebenarnya kami telah berikan keutamaan kepada Parlimen Tambun tapi Perdana Menteri telah mengatakan jangan dihantar dulu, hantar ke kawasan yang memerlukan jadi beliau mengambil sikap tidak mendapat keutamaan itu.

“Kita telah hantar ke kawasan yang memerlukan dan kita fokuskan kepada negeri yang menghadapi banjir besar,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast