Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mempertahahankan dakwaan beliau bahawa Barisan Nasional (BN) perlu diberikan ruang meletakkan calon menteri besar  sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Jelas Khalid, ia berdasarkan data Pilihan Raya Umum 14 (PRU-14) yang menunjukkan BN pilihan kedua pengundi di tiga negeri berkenaan selepas Perikatan Nasional (PN).

“Berdasarkan statistik dan data (PRU14 dan PRU15). Tapi kemungkinan ia ada begitu kerana kita nampak bahawa dalam PRU15 dan PRU ke-14, di peringkat DUN, kebanyakan kerusi-kerusi itu kita berada di nombor tiga dan dia (BN) nombor dua.

“Jadi kita kena terima kenyataan tersebut sebab itu saya lontarkan idea tersebut untuk ianya dibincang dan dibahas dengan lebih mendalam kemudian,” katanya memberikan respon terhadap kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menafikan dakwaannya.

Malah Ahmad Zahid berkata, perkara itu masih belum dibincangkan dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Khalid berkata, idea itu adalah perkara baharu dalam pentadbiran kerajaan Madani dan ini merupakan kerjasama pertama yang dibentuk antara BN dan PH.

“Ini adalah PRN pertama kita buat kerjasama dengan BN, itu pun kita secara umum sudah dipersetujui tapi untuk memungkinkannya berlaku, kena ada kesanggupan semua pihak untuk semak imbang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast