Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Foto MOHD ADZLAN, 15 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar (Muda), Syed Saddid Syed Abdul Rahman menggesa agar keraajaan menimbang semula pemansuhan pelepasan cukai individu sehingga RM8,000 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Syed Saddiq berkata, beliau merayu agar ditarik semula kerana ia melibatkan golongan pertengahan yang ingin menabung untuk masa depan anak-anak mereka.

“Sebagai blok kerajaan, saya merayu dan mendesak agar kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan semula isu pelepasan cukai untuk pencarum SSPN yang akan dibatalkan.

“Ini bukan perkara kecil kerana implikasi kewangan semua keluarga kelas pertengahan adalah begitu besar.

“RM8,000 setahun bukan jumlah yang kecil, apabila kita lihat keluarga kelas pertengahan ini bukan ingin melaburkan wang mereka untuk tujuan tabung pendidikan anak-anak mereka tetapi jika tidak ada lagi pengecualian cukai insentif untuk mereka untuk memulakan tabung ini akan menurun,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Syed Saddiq berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim yang berkata, bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.

Sim mengesahkan, kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN atas pelbagai sebab.

Tambah Syed Saddiq, langkah pemansuhan itu nyata merampas peluang golongan pertengahan untuk melabur demi masa depan pendidikan anak-anak mereka.

“Saya merayu kepada kerajaan dan keprihatinan untuk mempertimbangkan semula keputusan ini. Saya melihat mengapa ada kewajaran untuk dipertimbangkan semula. Mereka kata sudah ada insentif pelepasan cukai yang lain antaranya perubatan RM8,000 ke RM10,00 setahun.

“Kita lihat RM8,000 untuk tujuan pendidikan dan akan berterusan bagi tahun akan datang. Jangan kita potong cukai golongan pertengahan di sini tapi tarik semula pelepasan cukai yang sangat bermakna bagi golongan pertengahan, ini akan mengundang kemarahan golongan pertengahan yang terbeban kerana mereka tidak mendapat bantuan kerajaan,” katanya.

Berdasarkan portal rasmi SSPN, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas Simpanan SSPN bagi tahun 2023 tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023, 24 Februari lalu. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.