Ramli (kiri) menunjukkan hasil rampasan pihak polis menemukan sejumpalah 31.383kg dadah di bangsal tepi rumah suspek.

KUANTAN –  Seorang pembantu kedai makan yang mempunyai lapan rekod jenayah lampau tidak serik-serik.

Kali ini lelaki itu terbabit dengan aktiviti pegedaran 31.383 kilogram (kg) ganja dan diberkas polis sekali lagi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada 21 Mac lalu di Jaya Gading pukul 5.30 petang.

Semasa ditahan, polis merampas satu kilogram ganja daripadanya yang dipercayai bekalan untuk diedar di lokasi tersebut.

“Hasil maklumat semasa proses soal siasat polis menemukan simpanan ganja di kawasan bangsal tepi rumahnya di Kampung Chendering.

“Polis kemudiannya berjaya merampas sebuah guni di dalamnya terdapat dua ketulan mampat daun-daun kering disyak gania anggaran berat 1,4764.

“Selain itu, polis juga merampas sebekas plastik  terdapat 30 ketulan mampat daun daun kering disyaki ganja anggaran berat 29.806 kg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.

Menurut Ramli, hasil ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Rampasan keseluruhan ganja yang bernilai RM78,207 itu boleh dibekalkan kepada 65,544 penagih dalam masa sehari dengan mengambilkira penggunaan harian sebanyak 0.5 gram

“Suspek bergiat aktif dalam tempoh dua bulan dan rampasan ini merupakan yang terbesar setakat ini.

“Hasil siasatan mendapati sindiket in memperoleh bekalan dadah jenis ganja dari salah sebuah negeri di Pantai Timur untuk diedarkan di sekitar  Kuantan,” ujar Ramli.

Suspek ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama 7 hari bermula 22 Mac sehingga hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Akta dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 15 sebatan jika disabitkan kesalahan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast