KUALA LUMPUR – Lima negeri menguasai eksport negara pada bulan Februari 2023 dengan menymbang 82.7 peratus.

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.7 peratus, diikuti oleh Johor (21.5%), Selangor (17.6%), Sarawak (8.6%) dan Kuala Lumpur (5.4%).

Pada Februari 2023, Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM205.0 bilion dengan nilai eksport RM112.3 bilion dan import bernilai RM92.7 bilion.

Eksport pada bulan Februari 2023 meningkat sebanyak RM10.0 bilion (+9.8%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM5.0 bilion), Pulau Pinang (+RM3.0 bilion), Kuala Lumpur (+RM2.1 bilion), Sarawak (+RM1.2 bilion), Negeri Sembilan (+RM450.8 juta), Melaka (+RM424.7 juta), Kelantan (+RM333.0 juta), Terengganu (+RM159.1 juta) dan Selangor (+RM56.1 juta).

Walau bagaimanapun, eksport menyusut di Labuan (-RM1.1 bilion), Sabah (-RM559.6 juta), Kedah (-RM426.6 juta), Perak (-RM397.1 juta), Pahang (-RM79.6 juta) dan Perlis (-RM19.0 juta).

Pada masa yang sama, import pada bulan Februari 2023 juga meningkat RM10.3 bilion (+12.4%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Peningkatan import dipacu oleh import yang lebih tinggi oleh kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM7.4 bilion), Selangor (+RM2.5 bilion), Melaka (+RM1.6 bilion), Pulau Pinang (+RM882.9 juta), Pahang (+RM178.2 juta), Negeri Sembilan (+RM91.7 juta), Perlis
(+RM53.3 juta) dan Kelantan (+RM38.1 juta).

Namun import menyusut bagi Sarawak (-RM936.3 juta), Kedah (-RM558.6 juta), Terengganu (-RM412.1 juta), Sabah (-RM233.7 juta), Perak (-RM161.8 juta), Kuala Lumpur (-RM69.7 juta) dan Labuan (-RM11.6 juta).

Sementara itu, bagi import, Selangor merupakan penyumbang utama dengan 26.0 peratus, diikuti oleh Johor (26.0%), Pulau Pinang (21.5%), Kuala Lumpur (6.2%) dan Kedah (4.9%). – MalaysiaGazette