KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di Kuwait menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low semalam atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hukuman itu dijatuhkan secara ‘in absentia’ (tanpa kehadiran) Jho Low .
Memetik laporan akhbar tempatan, Kuwait Al-Qabas, seorang sheikh dengan rakan kongsinya termasuk dua lagi warga asing dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun
Manakala seorang peguam dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Malaysia.
Kesemua mereka diperintahkan untuk memulangkan AS$1 bilion (RM4.4bilion) dan perlu membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).
Difahamkan ini merupakan kes pengubahan wang haram terbesar selain mengenal pasti identiti wang asing itu sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis bernama Bachar Kiwan.
Al-Qabar melaporkan kelima-lima tertuduh didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam bentuk matawang China bersamaan KD343,700,000 (RM4.95 bilion).
Dakwaan mendakwa lima individu berkenaan tahu bahawa wang berkenaan adalah hasil haram yang diseleweng daripada dana pelaburan Malaysia.
Akhbar itu melaporkan bahawa kes berkenaan ditangguh selama dua tahun sebelum dibuka semula.
Sebelum ini pada tahun 2020, The Wall Street JournalĀ mendakwa penyiasat Malaysia menemui jejak wang dari China ke sebuah bank China di Kuwait dan seterusnya ke entiti di Kepulauan Cayman yang dikawal oleh Jho Low.
Wang itu digunakan untuk membayar hampir AS$1 bilion untuk aset yang dikuasainya di Malaysia untuk membayar hutang-hutang 1MDB. – Agensi