Nelayan melakukan kerja persiapan botnya sebelum turun kelaut untuk menangkap ikan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jeti Bentayan, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 28 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Seramai 850,000 pekebun kecil getah, nelayan dan pesawah bakal menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM170 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan tambahan daripada bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023.

“Kerajaan pernah mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan bagi nelayan dan RM200 untuk pekebun kecil getah untuk tiga bulan (semusim) sebelum ini.

“Bantuan musim tengkujuh juga kita naikkan daripada RM600 kepada RM800. Namun keadaan hidup hidup rakyat miskin ini masih terasa.

“Oleh demikian, saya lihat masih ada masalah terutama bulan Ramadan, maka saya bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Tambah Anwar, penambahan tersebut merupakan peruntukan terbesar diberikan kerajaan kepada golongan berkenaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast