Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengalu-alukan pandangan daripada pengguna bagi meningkatkan lagi pengoperasian lebuh raya bertol.

LLM dalam kenyataannya berkata, syarikat itu menyambut baik saranan Menteri Kerja Raya berhubung pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka (Open Payment System).

Katanya, LLM dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya akan bekerjasama melancarkan pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka dengan mengambil kira persekitaran sistem tol sedia ada.

“Pelaksanaan sistem pembayaran tol secara terbuka juga ini adalah inisiatif awal bagi peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang sedang giat diusahakan ketika ini.

“Ini merupakan langkah yang tepat dalam usaha Kerajaan/Kementerian memberi pilihan serta kemudahan kepada pengguna bagi tujuan pembayaran tol di lebuh raya,” katanya.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan 11 lebuh raya akan menyertai pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka yang membolehkan pengguna menggunakan kad debit atau kredit untuk membayar tol.

Fasa pertama pelaksanaan itu akan dimulakan September depan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast