Gambar hiasan

KUANTAN –  Seramai 18 individu gelandangan ditahan semasa pelaksanaan Operasi Pembersihan Gelandangan di bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisoner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tiga gelandangan telah didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuantan.

Menurutnya seramai 60 orang anggota polis Balai Kuantan dengan dibantu agensi-agensi kerajaan  telah menjalankan Ops Bersepadu pembersihan gelandangan, pengemis dan orang kurang siuman bagi Zon Kuantan.

Operasi tertumpu dikawasan Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Bazar Ramadhan Taman Kerang, Bazar Ramadan Stadium,Pasar Besar Kuantan, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail serta kawasan Benteng.

“Kesemua orang yang ditahan telah dibawa balik ke Bilik Anggerik IPD Kuantan bagi tujuan dokumentasi dan untuk rujukan kepada pihak agensi yang berkenaan bagi tindakan selanjutnya.

“Seorang lelaki warganegara Rohingya tiada pengenalan diri telah ditahan oleh pihak Imigresen Negeri Pahang untuk dibawa ke Depot Imigresen,” katanya ketika dihubungi.

Tambah Wan Zahari, seorang lelaki ditelah diambil tindakan di bawah Seksyen 22 Enakmen tidak menghormati Ramadan kesalahan jenayah Syariah tahun 2023 Negeri Pahang.

Seorang lagi dibawa untuk  ujian saringan air kencing dan didapati  negatif dari sebarang penyalahgunaan dadah. – MalaysiaGazette